Akhirnya! Tahniah Cikgu Shafika

 Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dengan izinNya, dengan syafaat kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W saya berjaya dapatkan badge ini. Yeay! 🎉🎉🎉

Ramai kawan saya dah lama dapat tapi dek kerana cuti bersalin, saya hanya mampu tengok saja. Kesibukan bekerja dan kehidupan harian bukan penghalang bagi saya dan saya sangat-sangat bersyukur mempunyai suami yang sangat memahami dan sentiasa menyokong minat saya. Syukur juga kerana adanya Fakulti Maya yang dibangunkan oleh Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly, saya dapat ikuti 10 modul yang disediakan. Boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

https://fakultimaya.com/

Semoga Cikgu Shafika sentiasa bersemangat dan terus konsisten untuk mendidik anak murid. Aamiin. 😊😊😊

Previous Post Next Post