Edpuzzle : Platform Pembelajaran Interaktif

Perintah Kawalan Pergerakan.

Satu tempoh yang sangat mencabar bagi seorang pendidik untuk sampaikan ilmu dengan berkesan. Biasanya murid-murid ada depan mata kita, kita boleh bertanya, panggil nama, kita tahu siapa yang mengantuk, bosan dan sebagainya. Tapi, sebaliknya berlaku masa tu. Jangan kata nak on kamera, masuk kelas pun susah. Jangan kata pelajar, cikgu pun tertekan bila talian internet cikgu sendu.

Hikmah yang kita perolehi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kita meneroka segala platform pembelajaran yang ada supaya murid kita tidak bosan dengan pengajaran dalam talian.

Edpuzzle merupakan salah satu platform yang menjadi pilihan masa itu. Edpuzzle menjadikan video biasa kepada video interaktif. Kita boleh gunakan bahan yang tersedia dalam platform pembelajaran tu. Kita juga boleh bina bahan kita sendiri.

"Tapi, saya tak pandai buat video. Macam mana?"

Jangan risau. Kita boleh guna video yang ada dalam Youtube. Lepas tu, tambah soalan-soalan di dalam video. Kalau nak guna video orang lain, jangan lupa beritahu tuan empunya video. Bukan apa, sebagai penghargaan. Owner video mesti suka 😊😊

Kita boleh wujudkan kelas macam Google Classroom atau kebanyakan platform pembelajaran yang lain. Dari situ kita boleh pantau progress dan pencapaian murid-murid kita. Dengan Edpuzzle juga, kita boleh aplikasikan Blended Learning dalam pengajaran kita. Nak tahu lebih lanjut boleh sign-in sebagai Teacher ya.

https://edpuzzle.com/discover

Selain itu, kita juga boleh jadi Edpuzzle Coach. Caranya mudah sahaja! Hanya perlu tonton dan jawab beberapa soalan yang ada dalam modul. Ada 3 modul pembelajaran kendiri yang disediakan. Anda hanya perlu melengkapkan ketiga-tiga modul tersebut. Klik sini untuk dapatkan pengiktirafan Edpuzzle Coach 2022-2023. Selain daripada tambah ilmu, kita boleh tambah markah dalam SPLKPM 😁😁.

Jom sama-sama kita tambah ilmu dan jadi Edpuzzle Coach 2022-2023! 💪💪 Nanti boleh pakai badge macam ni 👇



Previous Post Next Post