Assalamualaikum w.b.t.
FitAYU - Fun Interactive Teaching Akademi Youtuber merupakan perkongsian secara dalam talian oleh 4 orang guru Matematik dari 4 buah negeri (Terengganu, Kedah, Selangor dan Sabah). Dengan bertemakan eksplorasi dalam pembelajaran Matematik, kami telah berjaya melaksanakan perkongsian sebanyak 10 episod. Dalam setiap episod, kami bawakan aktiviti yang berbeza untuk diteroka oleh para penonton. Berikut adalah perkongsian kami jalankan :
- Membina model matematik
- Eksplorasi Segitiga
- Eksplorasi Kalendar
- Penggunaan sarang telur dalam PdP
- Pecahan
- Eksplorasi Bulatan
- Eksplorasi surat khabar
- Geoboard
Kami juga turut sajikan penonton dengan Segmen Tahukah Anda? yang mana kami berkongsi fakta-fakta dan info-info menarik. Selain daripada perkongsian semasa sesi live, kami gunakan Channel Telegram untuk berinteraksi dengan follower FitAYU dan sebagai platform untuk murid menghantar tugasan yang kami sediakan bagi setiap episod.
Maklum balas yang kami terima daripada penonton sangat positif. Mereka sangat aktif memberikan komen di ruangan live chat dan interaksi dua hala ini sangat menggembirakan kami. Kejayaan program ini sangat membanggakan dan memberi kepuasan kepada kami sebagai individu yang berkongsi idea PdP.
Kami juga ada menjemput Cikgu Noora Sinta, seorang guru yang telah menghasilkan banyak nota dan latihan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran beliau. Selain itu, ada juga tetamu cilik untuk bersama-sama kami dalam Episod 9.
Cerita tentang FitAYU ni dah lama tapi isi kandungan cerita ni masih relevan untuk digunakan.
Tonton kesemua episod FitAYU di sini.
Semoga Cikgu Shafika sentiasa bersemangat dan terus konsisten untuk mendidik anak murid. Aamiin. 😊😊😊