Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni saya nak berkongsi tentang Addmath pula. Asyik-asyik Math je kan. hihihi 😁
Tajuk ni bagi saya tajuk yang menyeramkan untuk kebanyakan murid. Biasalah tu, bukan mudah untuk kita master benda baharu. Bidang Kalkulus ni merupakan perkara baru bagi mereka. Tapi, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau kita nak berjaya, kita akan berusaha sedaya-upaya. Jangan mengalah sebelum berperang. 💪💪💪
Saya ada sediakan nota dan sedikit latihan (klik sini untuk versi pdf) untuk anda buat. Nota dan soalan ni saya ambil bulat-bulat daripada buku teks. Tinggal tambah make up je. Jawapan penuh turut disediakan. Mesti buat latihan dulu baru tengok jawapan ya. Bukan buat latihan sambil tengok jawapan. Janji? ✋
Nota - had oleh Cikgu Shafika
Semoga Cikgu Shafika sentiasa bersemangat dan terus konsisten untuk mendidik anak murid. Aamiin. 😊😊😊