Matematik Tingkatan 4 Bab 1 : Menentukan nilai a, b dan c

Tahun baru, azam baru and renew azam baru 😆

Jadi, untuk kelas F4 tahun ni saya cuba sediakan bahan berbentuk game. (orang lain dah lama guna tapi Cikgu Shafika baru nak guna 😅😅) Tak apa la, yang penting kita sentiasa tambah baik diri kita dari semasa ke semasa.

Kelas pertama saya dengan murid, saya mulakan dengan ulangkaji dulu iaitu berkenaan dengan Algebra. Satu part yang saaaangat penting tapi sering diabaikan/diambil mudah atau senang kata kurang dipedulikan. Tapi, ianya sangat penting dalam Matematik.

Jadi, saya mulakan dengan ingat semula perkara- perkara ni 👇
  • sebutan serupa & sebutan tak serupa
  • jenis-jenis pemfaktoran
  • permudahkan ungkapan algebra
  • ungkapan algebra yang melibatkan pecahan (ala...kaedah potong2 tu)

Kelas kedua baru saya mulakan dengan subtopik pertama : Mengenal pasti dan menerangkan ciri-ciri ungkapan kuadratik dalam satu pemboleh ubah. Nak tengok video tentang subtopik ni boleh klik video di bawah ataupun tekan je nama subtopik 👆 tu.


Habis part kenal2 ungkapan algebra barulah saya masuk bahagian kenal nilai a, b dan c berdasarkan bentuk am. Saya gunakan Wordwall untuk main game dengan murid. Apa yang menarik dengan kebanyakan aplikasi sekarang ni adalah kita boleh masukkan simbol-simbol matematik dalam soalan atau ruang jawapan dan Wordwall adalah salah satu daripada aplikasi tu. 
Awal2 PKP dulu mana ada, jadi cikgu-cikgu maths ni kena la cari idea lain untuk ajar. Antaranya, Youtube la. Ok, berbalik kepada Wordwall tadi, memang murid2 suka sebab mereka boleh berlumba-lumba untuk dapatkan markah tertinggi.

Apa yang saya perhatikan sepanjang murid main game tu, mereka mula faham macam mana untuk dapatkan nilai a, b dan c. Pada awalnya, saya ajar secara penerangan macam biasa. Ada yang faham, ada yang buat2 faham 😂. Tapi, sepanjang proses game tu berjalan, ada yang mula tanya kawan2 macam mana nak dapatkan nilai. Lagi-lagi bila ramai yang bersuara untuk bagitahu jawapan. Mungkin dia tak puas hati kenapa dia sahaja yang tak tahu. Bagi saya, tu la momen paling seronok sebab murid-murid sendiri yang usaha untuk fahamkan sesuatu perkara. Itulah apa yang saya harapkan selama ni. Tapi sayangnya, saya lupa nak rakam momen tu. Almaklum la, bila dah masuk kelas, telefon selalu kena letak tepi 😅😅 Tak apa la, cukup la saya simpan dalam memori yang Allah sediakan ni je (dalam otak. hihihi)

Apa kata anda pun cuba main Wordwall ni. Tekan sini 👉 Menentukan nilai a, b dan c
Dapat masuk leaderboard jangan lupa isi nama tau 😊😊

Semoga anak-anak SEMAJU kekalkan semangat belajar sampai bila-bila. Aamiin.
Semoga Cikgu Shafika sentiasa bersemangat dan terus konsisten untuk mendidik anak murid. Aamiin. 😊😊😊
Previous Post Next Post